Blogger Templates

Monday 12 December 2011

Galeri Bunga Raya

"King Kakalua"
"Mystic Pink"




"Pepper's Surprise"
"Kinchen's Yellow"







"Apricot Brandy"
"Timeless"




"Fire"
"Heart And Soul"




"Pastel Pie"

Berganda





"Tiga warna"

Bunga Raya




"Satu baka bunga
raya merah"

Bunga Raya

1. Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu.
2. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.
3. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
4. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
5. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
6. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika.
7. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Sunday 11 December 2011

Rukun Negara

Bahawasanya Negara Kita Malaysia

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Jata Malaysia

1. Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama Islam.
2. Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.
3. Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.
4. Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
5. Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
6. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
7. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Monday 5 December 2011

Aktiviti 10

Pilih dan lengkapkan ayat tunggal:

memberikan ucapan. / penuh semangat. /
diadakan setiap minggu. /
ke arah bendera. / dengan perlahan-lahan.

1. Perhimpunan sekolah kami ___________________________.
2. Guru besar ______________________________________.
3. Pengawas menaikkan Jalur Gemilang ____________________.
4. Murid-murid menyanyi _____________________________.
5. Murid-murid memandang ___________________________.

Friday 2 December 2011

Aktiviti 9

Lengkapkan dialog berikut:
dari atas menara / menara komunikasi
Menara Kuala Lumpur / Sama-sama, Tamanah.
421 meter

Tamanah: Wah, tingginya! Ini bangunan apa, Mizi?
Mizi : Oh, ini ____________________________________!
Tingginya menara ini ialah ______________________.
Tamanah: Apakah tujuan Menara Kuala Lumpur dibina, Mizi?
Mizi : Menara ini dibina sebagai _____________________________.
Kita boleh melihat seluruh Kuala Lumpur ______________________.
Tamanah: Oh, barulah saya tahu! Terima kasih, Mizi.
Mizi : __________________________________. Kita mesti
bangga akan negara kita.

Aktiviti 8

Baca dan tulis:
Tolong berhati-hati di tempat itu.
Sila beratur sebelum masuk ke dewan pameran.
Harap sentiasa dalam kumpulan.
Mohon bawa Jalur Gemilang.
Minta datang awal sebelum pukul 7.00 pagi.

1. Maklumat: Bertolak pada pukul 7.00 pagi.
Arahan : _________________________________________.
2. Maklumat: Kibar Jalur Gemilang semasa melihat perarakan.
Arahan : _________________________________________.
3. Maklumat: Bergerak dalam kumpulan.
Arahan : _________________________________________.
4. Maklumat: Banyak orang menyaksikan perarakan hari kemerdekaan.
Arahan : _________________________________________.
5. Maklumat: Banyak orang akan masuk ke dewan pameran.
Arahan : _________________________________________.