Blogger Templates

Monday, 28 November 2011

Saturday, 26 November 2011

Tempat-tempat Kebanggaan Malaysia





Tugu Negara







Muzium Negara









Menara Kuala Lumpur





Menara Berkembar Petronas








Planetarium Negara

Aktiviti 7

Bina ayat majmuk:

1. Ben Li melawat ke Tugu Negara.
Mizi melawat ke Tugu Negara. ( dan )
________________________________________________
2. Tugu Negara ada di Kuala Lumpur.
Tugu Peringatan Negara ada di Kuala Lumpur. ( atau )
________________________________________________
3. Patung paling atas tidak memegang senjata.
Patung paling atas memegang bendera. ( tetapi )
________________________________________________

Friday, 25 November 2011

Aktiviti 6

Jawab soalan berdasarkan petikan :
1. Bilakah negara kita merdeka?
___________________________________________
2. Mengapakah kita perlu menyambut Hari kemerdekaan?
___________________________________________
3. Di manakah Jalur Gemilang dikibarkan?
___________________________________________
4. Apakah acara yang diadakan semasa sambutan Hari kemerdekaan?
___________________________________________

Hari Kemerdekaan Malaysia

Negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Negara kita menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Hari kemerdekaan disambut bagi mengingati tarikh negara kita bebas daripada dijajah.
Hari kemerdekaan disambut dengan meriah di seluruh negara. Rakyat Malaysia memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan perniagaan, di rumah kediaman, di sekolah dan pada kereta. Selain itu, pelbagai acara turut diadakan, antaranya termasuklah acara perbarisan dan perarakan.
Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah sayang akan negara kita.

Aktiviti 5

Kata Tanya
Apa / Siapa / Bila
1. __________kah yang akan pergi ke Menara Kembar Petronas?
2. __________kah yang dilakukan oleh abang?
3. __________kah hari jadi kamu?
4. __________kah dimarahi oleh guru?
5. __________kah cuti sekolah akan bermula?

Dialog



Ben Li dan Navin berada di hadapan Menara Kembar Petronas.

Ben Li: Wah, tingginya bangunan itu! Bangunan itu bangunan apa?

Navin : Menara Kembar Petronas. Bangunan itu mempunyai 88 tingkat.

Ben Li: Bilakah menara itu dibina?

Navin : Menara itu dibina pada tahun 1992. Pada tahun 1998, menara itu siap dibina.

Ben Li: Mari kita masuk. Saya ingin naik ke atas.

Navin : Kita mesti minta izin daripada cikgu dahulu.

Ben Li: Baiklah.

Aktiviti 4

Isi tempat kosong dengan menggunakan huruf vokal yang sesuai:



1) P___t___


M___l___ys___ ___




2) l ___ nc ___n ___


s___k___l___h



3) b___ng___


r___y___




4) J___l___r


G___m___l___ng



5) b___j___


b___t___k

Thursday, 24 November 2011

Lagu Ikan Kekek



Nyanyi lagu mengikut melodi lagu "Ikan Kekek"


Mari angkat tangan kanan
Mari angkat tangan kiri
Letak atasa bahu kawan
Sama-sama suka hati


Mari lihat arah kanan
Mari lihat arah kiri
Lurus barisan sebelah kanan
Lurus barisan sebelah kiri


Berdiri tegak pandang depan
Siap sedia dengar ucapan
Lagu Negaraku kita nyanyikan
Penuh semangat kebangsaan

Aktiviti 3

Pilih dan isi tempat kosong dengan jawapan yang betul:
Tun Hussein Onn / Tunku Abdul Rahman /
Tun Dr. Mahathir Mohamad / Tun Abdul Razak Hussein /
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
1. Bapa Pembangunan _________________________________________.
2. Bapa Pemodenan Malaysia _________________________________________.
3. Bapa Perpaduan __________________________________________.
4. Bapa Kemerdekaan __________________________________________.
5. Bapa Pembangunan Modal Insan __________________________________________.

Wednesday, 23 November 2011

Perdana Menteri Malaysia


1. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj (1957-1970)
  • Perdana Menteri Malaysia yang pertama
  • digelar sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia"

2. Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976)

  • Perdana Menteri Malaysia yang kedua
  • digelar sebagai "Bapa Pembangunan"

3. Tun Hussein Onn (1976-1981)

  • Perdana Menteri yang ketiga
  • digelar sebagai "Bapa Perpaduan"

4. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)

  • Perdana Menteri Malaysia yang keempat
  • digelar sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia"

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (2003-2009)

  • Perdana Menteri Malaysia yang kelima
  • digelar sebagai "Bapa Pembangunan Modal Insan"

6. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009-kini)

  • Perdana Menteri Malaysia yang keenam

Aktiviti 2

Susun perkataan menjadi ayat yang betul:
1. mengadakan / sambutan hari kemerdekaan. / Sekolah Navin
_____________________________________________
2. di dewan. / Semua / berkumpul / murid dan guru
_____________________________________________
3. menyanyikan lagu Negaraku / Acara bermula dengan / menaikkan bendera. / dan
_____________________________________________
4. Guru besar / ucapan. / menyampaikan
_____________________________________________
5. sebanyak /melaungkan "Merdeka" / Guru besar / tujuh kali.
_____________________________________________
6. melaungkan "Merdeka". / juga / Guru dan murid
_____________________________________________

Tuesday, 15 November 2011

Frasa Nama

bunga raya

Jalur Gemilang

baju batik

peta Malaysia

lencana sekolah

Aktiviti 1

Isi tempat kosong berpandukan gambar.


1. Nama bendera negara kita _______________________.
2. Latar pada bulan dan bintang berwarna __________________.
3. Jalur Gemilang ada ____________ jenis warna.
4. Terdapat warna ______________, ______________,____________ dan ____________ pada Jalur Gemilang.
5. Terdapat ______________ bucu bintang pada Jalur Gemilang.

6. Jalur Gemilang selalu dikibarkan di ___________________ .

Saturday, 5 November 2011

Jalur Gemilang

1) Nama bendera Malaysia Jalur Gemilang.
2) Warna Jalur Gemilang merah, putih, biru dan kuning.
3) Ada 14 jalur merah dan putih.
4) Bulan dan bintang berwarna kuning.
5) Latar pada bulan dan bintang berwarna biru.
6) 14 Jalur merah dan putih mewakili 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan 1 kerajaan Persekutuan.
7) Warna biru melambangkan perpaduan.
8) Warna merah melambangkan keberanian.
9) Warna kuning dengan bulan dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.
10) Warna putih melambangkan kesucian.
11) Bintang bersudut 14 melambangkan 13 negeri di Malaysia dan ibu negeri.

Wednesday, 2 November 2011

Peta ini merupakan Peta Malaysia. Guru boleh meminta murid menyebut negeri yang ada di Malaysia. Kemudian, guru memperkenalkan bendera negeri kepada murid dan memberi penerangan tentang bendera negeri.

Negara Kita





Lagu ini merupkan lagu Neragaku. Lagu ini selalu dinyanyikan pada hari perhimpunan sekolah.
Apabila menyanyikan lagu Negaraku, semua murid harus berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh bersemangat. Matanya seharusnya memandang ke arah Jalur Gemilang. Ini bermakna kita menghormati negara kita.