Blogger Templates

Monday, 28 November 2011

Saturday, 26 November 2011

Tempat-tempat Kebanggaan Malaysia





Tugu Negara







Muzium Negara









Menara Kuala Lumpur





Menara Berkembar Petronas








Planetarium Negara

Aktiviti 7

Bina ayat majmuk:

1. Ben Li melawat ke Tugu Negara.
Mizi melawat ke Tugu Negara. ( dan )
________________________________________________
2. Tugu Negara ada di Kuala Lumpur.
Tugu Peringatan Negara ada di Kuala Lumpur. ( atau )
________________________________________________
3. Patung paling atas tidak memegang senjata.
Patung paling atas memegang bendera. ( tetapi )
________________________________________________

Friday, 25 November 2011

Aktiviti 6

Jawab soalan berdasarkan petikan :
1. Bilakah negara kita merdeka?
___________________________________________
2. Mengapakah kita perlu menyambut Hari kemerdekaan?
___________________________________________
3. Di manakah Jalur Gemilang dikibarkan?
___________________________________________
4. Apakah acara yang diadakan semasa sambutan Hari kemerdekaan?
___________________________________________

Hari Kemerdekaan Malaysia

Negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Negara kita menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Hari kemerdekaan disambut bagi mengingati tarikh negara kita bebas daripada dijajah.
Hari kemerdekaan disambut dengan meriah di seluruh negara. Rakyat Malaysia memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan perniagaan, di rumah kediaman, di sekolah dan pada kereta. Selain itu, pelbagai acara turut diadakan, antaranya termasuklah acara perbarisan dan perarakan.
Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah sayang akan negara kita.

Aktiviti 5

Kata Tanya
Apa / Siapa / Bila
1. __________kah yang akan pergi ke Menara Kembar Petronas?
2. __________kah yang dilakukan oleh abang?
3. __________kah hari jadi kamu?
4. __________kah dimarahi oleh guru?
5. __________kah cuti sekolah akan bermula?